“GULA menjadi PUNCA kepada penyakit moden seperti KENCING MANIS, DARAH TINGGI dan lain-lain
Ori-Sweet : Natural Herbal Sweetener Pemanis Herba TANPA Gula. Ekstrak 100% Stevia Organik

Rabu, Januari 05, 2011

PERSOALAN (FAQ) PEMANIS STEVIA

Stevia Ekstrak Pemanis Herba
Setelah sektor pembuatan dan perkhidmatan mengalami kemerosotan teruk di seluruh dunia, projek pertanian adalah satu alternatif kerana pertanian mampu mengeluar makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.
Malaysia juga menumpu perhatian kepada sektor pertanian. Perdana Menteri baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi penekanan supaya pertanian di pertingkatkan.
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan masalah kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat di atasi dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif.
Satu-satu tanaman yang dapat menghasilkan gula alternatif ialah Stevia Rebaudiana yang ekstraknya mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali manis daripada gula tebu atau gula beet. Stevia Rebaudiana mengandungi zero calories, tidak mempunyai kabohidrat dan tidak bertoksik.

Kini, Food and Drug Adminstration Amerika Syarikat (FDA) telah memberi kelulusan kepada Stevia diguna sebagai makanan tambahan. Sebelum ini di atas tekanan pembuat pemanis tiruan yang mengguna bahan beracun aspartame memakai jenama Palsweet dan Equal, FDA mencegah penggunaan Stevia melainkan hanya sebagai bahan ubatan.



pemanisTiruan






Pemanis Tiruan











INFORMASI BERHUBUNG STEVIA REBAUDIANA

Apa dia Stevia ?

Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh liar di Paraguay dan Brazil. Kandungan Glycosides di dalam daunnya termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

Kaum Gurani telah menggunakan Stevia sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu.

Berapa banyak jumlah Stevia diguna seluruh dunia ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun. Jepun telah mengguna Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan kadar 60% penggunaan gula. Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan Negara-negara Pacific Rim telah beralih penggunaan dari pemanis tebu dan beet kepada Stevia.

Apakah sikap FDA terhadap penggunaan Stevia ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia dan ianya boleh diguna sebagai bahan ubatan. Tetapi pada 17/12/2008, FDA telah mengiktiraf dan menerima Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan boleh diguna sebagai makanan tambahan.

Di mana Stevia ditanam ?
Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta Negara Pacific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia.
Adakah Stevia diguna didalam pembuatan makanan ?

Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan.
Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun di dalam pembuatan makan dan gula-gula seperti Wrigley’s gum tanpa gula; Beatrice Food mengguna Stevia untuk Yogurts dan diet Coke yang
dikeluarkan oleh Coca-Cola. Juga diguna di dalam membuat jeruk asam, makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain.

Adakah Stevia selamat diguna ?
Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli dan telah di guna oleh kaum Gurani di Paraguay lebih 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksik. Dengan tidak mempunyai calorie dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 manis daripada gula. Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95% steviosides) didapati 200-300 kali lebih manis dari gula biasa.
Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

Bolehkah Stevia menggantikan pemanis tiruan ?Tentu sekali. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan diguna melebihi 20% penggunaan pemanis untuk pembuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

Berapakah kandungan calorie dalam Stevia ?

Tiada langsung. Ekstrak Stevia adalah bebas calorie.

Adakah Stevia menambah kandungan gula dalam darah ?

Oleh sebab ianya tanpa calorie, ia tidak akan menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah pesakit Diabetes mengguna Stevia ?
Tentu sekali. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah Stevia diguna bersama pemanis lain ?

Tentu sekali. Tetapi ianya hendaklah diguna dalam keadaan sederhana. Pemanis tiruan disarankan tidak diguna sama sekali.

Adakah Stevia merosakkan gigi ?
Tidak sekali. Bahkan Stevia menghalang pertumbuhan plaque dan menghalang kerosakan gigi.

Bolehkah Stevia di guna dalam masakan dan membuat kek/roti ?

Tentu sekali. Stevia didapati heat stable dan diguna meluasnya di Jepun.
Adakah Stevia mengandungi vitamins dan minerals ?

Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap (volatile oil), termasuk Rutin dan B-Sitosterol. Tetapi setelah dijadikan ekstrak maka kandungan nutrients adalah sedikit menurun.

Bagaimanakah ekstrak dihasilkan ?
Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Syarikat gergasi Stevico di Jepun menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Nano Steam.

Bolehkah saya hasilkan sendiri Stevia ?

Boleh. Cecair ekstrak Stevia boleh dihasilkan daripada daun Stevia atau Stevia powder. Campurkan daun yang disukat kadarnya atau Stevia powder dengan USP grain alcohol (Brand or Scoth) juga boleh diguna. Biar campuran selama 24 jam. Tapiskan cecair yang telah dibiar selama 24 jam itu dan campurkan sedikit air untuk mengurangkan rasa pahit. Alcohol boleh diasingkan dengan panas (tidak mendidih) sehingga alcohol kering meninggalkan residue ekstrak.

Berapakah faktor perbandingan Stevia powder dengan gula biasa ?

Stevia adalah 10 hingga 15 kali manis daripada gula. Tetapi ekstrak Steviosides adalah 200 hingga 300 kali manis daripada gula dan perlu diguna dengan berhati-hati (berhemat).

Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanyalah sekitar USD 0.40, iaitu 15 kilo gula biasa sama manisnya dengan 1 kilo Stevia ekstrak.

Adakah Stevia akan menukar warna makanan ?
Powder Stevia berwarna hijau mungkin akan mempengaruhi warna makanan. Untuk mengelakkan perkara ini, cecair Stevia yang tidak berwarna patut digunakan.

Apakah pembungkusan Stevia untuk di pasar ?

Ekstrak Stevia di pasar secara cecair, capsule, tablet atau secara powder. Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

Bolehkah rasa pahit Stevia dihapuskan ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.


Stevia Rebaudiana adalah pokok anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.
Stevia berasal dari Paraguay dan ekstraknya mempunyai kemanisan 200-300 kali gula biasa. Daun tanpa proses adalah 15 hingga 30 kali manis daripada gula biasa.
Sejak 1500 tahun dahulu kaum Indian Gurani telah mengguna Stevia sebagai pemanis dan juga sebagai ubatan tradisional.

Stevia tidak mempunyai calorie dan karbohidrat.

Dimana Stevia Ditanam
Stevia di tanam secara komersial di negeri China, Jepun, Paraguay, Uruguay, Brazil, Negara-negara Amerika Latin, India, Canada dan beberapa negara timur jauh.

Cara-Cara Penanaman

Stevia ditanam mengguna potongan dahan atau pokok.
Sesetengah mengguna biji tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten.

Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak menakung air.
pH tanah pula 5.0-8.8 dan suhu ialah 16 – 29 C.
baja yang diguna mestilah jenis organik.

Dalam 1 ekar, 5000 pokok mampu ditanam dengan jarak 18 inci di antara pokok dan 20 inci hingga 24 inci di antara baris.
Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas selebar 48 inci dan ditutup dengan plastik pertanian.
Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.
Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

Hasil
Hasil adalah daun dan ranting pokok.
Pokok Stevia mula boleh dituai selepas 3-4 bulan penanaman.
Selepas itu setiap bulan daun Stevia beserta dahan boleh dituai.
Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.
KEGUNAAN

- Bahan Pemanis kepada makanan.

Masakan harian
Kek, kueh mueh
Biskut, yogurt
Ais-krim, gula-gula dll.

-Minuman

Dicampur dengan teh, minuman mascotek, misai kucing dsb.
Coca-Cola, PepsiCola, Cargill telah mengeluar minuman tanpa calorie.

-Perubatan Tradisional – Mengubati Diabetes
Mengubati Diabetes, Merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik, obesiti dan Agen mengawal berat badan
Agen anti –plaque
Membunuh bacteria, kulat, virus

Negara Jepun kini mengguna lebih daripada 60% pemanis untuk pembuatan makanan dan minuman adalah Stevia.
Kelulusan FDA

FDA telah mengiktiraf Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan telah memberi kelulusan Stevia sebagai makanan tambahan pada 17/12/2008.
Mula tarikh itu berlumba-lumbalah pembuat minuman dan makanan mengguna Stevia sebagai pemanis.

Masa Depan Stevia
Dengan kelulusan FDA itu, prospek tanaman pemanis Stevia adalah sangat cerah.
Bahkan ianya boleh mengganti gula biasa.
Dijangkakan dalam masa terdekat ini 20% hingga 30% pemanis global adalah Stevia.

info dari sugarstevia.blogpspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan