Rentetan penggunaan cara tradisi yang meluas ini telah dicatat oleh orang Sepanyol dalam dokumen sejarah tersimpan di Arkib Kebangsaan di Asuncion Paraguay. Para sejarawan telah mencatat kegunaan daun Stevia oleh kaum pribumi sebagai pemanis teh “sejak zaman kuno” lagi. Seterusnya, daun Stevia ini telah diperkenalkan kepada “kaum pendatang”. Pada tahun 1800, kegunaan daun Stevia sebagai makanan harian telah meluas diterima dan diguna oleh penduduk wilayah Latin Amerika, termasuk Brazil dan Argentina.
Seperti penemuan Benua Amerika itu sendiri, “penemuan Stevia” dicatat dan telah diberi penghargaan kepada seorang penjelajah botanis Itali yang tidak bagitu kenali wilayah Guarani (dan juga dilaporkan ketika itu hadapi kesulitan untuk menemui daun herba ini) kerana telah mempercayai bahawa beliau telah “menemui” sesuatu tumbuhan herba yang tidak begitu diketahui umum.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan